SIRI REALITI BISNES
DAFTAR PERCUMA
SIRI REALITI BISNES SESI LIVE PERCUMA

SALES TAK JATUH,
TAPI KENAPA
BISNES MAKIN SESAK?

Customer masih ada. Order masih masuk. Sales pun tidak banyak berubah.
Tapi kenapa setiap bulan duit terasa semakin sempit?

Dalam sesi Siri Realiti Bisnes ini, kita akan bincang apa yang sebenarnya berlaku apabila kos bisnes semakin meningkat tetapi owner masih melihat sales sebagai ukuran utama keadaan bisnes.

DAFTAR LIVE PERCUMA
Percuma • Terbuka kepada pemilik bisnes mikro & SME
TARIKH
Akan diumumkan
MASA
Akan diumumkan
PLATFORM
Akan diumumkan
SAIFULLAH SURATMIN
Host • Siri Realiti Bisnes
SESI #01

ADAKAH ANDA MENGALAMI SITUASI INI SEKARANG?

Sales Masih Ada, Tapi Duit Makin Sempit

Jualan tidak jatuh banyak, tetapi setiap hujung bulan duit yang tinggal semakin sedikit.

Kos Supplier Naik Sedikit Demi Sedikit

Harga barang, bahan mentah, packaging dan penghantaran meningkat tetapi harga jualan masih sama.

Bisnes Makin Sibuk, Tapi Untung Tak Terasa

Order semakin banyak dan kerja semakin berat, tetapi duit dalam bank tidak banyak berubah.

Kos Pekerja Semakin Tinggi

Gaji dan kos pekerja meningkat tetapi owner tidak pasti sama ada produktiviti turut meningkat.

Takut Naik Harga Sebab Customer Lari

Kos sudah berubah tetapi owner masih mengekalkan harga lama kerana takut kehilangan customer.

Bila Duit Tak Cukup, Terus Fikir Nak Tambah Sales

Kita terus tambah marketing dan cari customer baru tanpa mengetahui apa sebenarnya sedang makan duit dalam bisnes.

Kalau sekurang-kurangnya SATU daripada situasi ini sedang berlaku dalam bisnes anda, sesi ini memang patut anda ikuti.

KALAU ANDA MENGALAMI SITUASI INI...

Anda mungkin selalu cuba:
Tambah sales
Buat lebih banyak iklan
Cari customer baru
Potong kos
Kurangkan pekerja
Cari pinjaman atau modal tambahan
Tangguhkan bayaran tertentu
Ambil duit daripada tempat lain untuk cover operasi
TETAPI SEBELUM BUAT SEMUA ITU...
Kita perlu tahu dahulu APA yang sebenarnya menyebabkan bisnes semakin sesak.
Adakah margin semakin kecil?
Adakah operating cost terlalu tinggi?
Adakah harga sudah tidak sesuai dengan kos semasa?
Adakah produktiviti terlalu rendah?
Adakah terlalu banyak duit tersekat dalam operation?
Atau sebenarnya sales memang tidak mencukupi?

Masalah yang berbeza memerlukan penyelesaian yang berbeza.
Jangan pilih solution sebelum kita tahu masalah sebenar.

MEMPERKENALKAN

SIRI REALITI BISNES

Kita bercakap tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam bisnes.

Siri Realiti Bisnes ialah sesi LIVE yang membuka perbincangan tentang realiti sebenar pemilik bisnes mikro dan SME.

Bukan sekadar teori. Bukan cerita kejayaan sahaja.

Kita bercakap tentang duit, pekerja, sales, margin, operasi, cukai, hutang, keputusan owner dan perkara yang benar-benar berlaku di belakang tabir sebuah bisnes.

Setiap sesi mengambil SATU persoalan sebenar dan kita bedah supaya owner boleh melihat bisnes mereka dengan lebih jelas.

“Tujuan Siri Realiti Bisnes bukan untuk membuat owner tahu lebih banyak teori. Tujuannya supaya owner lebih faham apa sebenarnya sedang berlaku dalam bisnes mereka.”
SAYA NAK SERTAI LIVE
KENAPA SIRI INI DIADAKAN?

BUKAN SEKADAR DENGAR. KITA NAK OWNER NAMPAK BISNES DENGAN LEBIH JELAS.

Kenal Pasti Masalah Sebenar

Bezakan antara simptom dengan punca. Duit tak cukup tidak semestinya bermaksud sales tak cukup.

Faham Nombor Dengan Bahasa Mudah

Kita gunakan contoh bisnes sebenar supaya konsep seperti margin, kos dan cashflow lebih mudah difahami.

Challenge Cara Owner Berfikir

Kita persoalkan assumption biasa seperti “nak duit lebih kena tambah sales” atau “tak boleh naik harga sebab customer akan lari”.

Bawa Pulang Tindakan

Setiap sesi berakhir dengan beberapa perkara praktikal yang owner boleh terus semak dalam bisnes sendiri.

SIRI REALITI BISNES #01

SALES TAK JATUH,
TAPI KENAPA BISNES MAKIN SESAK?

Ini 8 perkara utama yang kita akan bincangkan.

01

SALES TINGGI BELUM TENTU BISNES SIHAT

Kenapa jumlah sales sahaja tidak cukup untuk menentukan keadaan sebenar bisnes.

02

KENAPA RM50,000 SALES HARI INI TERASA LEBIH SEMPIT?

Bagaimana kenaikan kos boleh menyebabkan nilai sebenar setiap RM1 sales semakin kecil.

03

DARIPADA SETIAP RM1 SALES, BERAPA SEN SEBENARNYA TINGGAL?

Cara mudah memahami hubungan antara sales, kos, margin dan duit yang akhirnya tinggal.

04

KOS APA YANG SENYAP-SENYAP MAKAN SALES?

Kita bincangkan supplier, pekerja, sewa, marketing, platform fee, hutang, stok dan kos operasi lain.

05

KENAPA OWNER LAMBAT SEDAR MARGIN SEDANG MENGECIL?

Bagaimana kenaikan kos sedikit demi sedikit boleh mengubah bisnes tanpa owner sedar.

06

PATUT KE NAIKKAN HARGA?

Bila kenaikan harga masuk akal, bila ia bukan penyelesaian, dan kenapa terlalu lama menahan harga juga mempunyai risiko.

07

JANGAN TERUS TAMBAH SALES

Kenapa lebih banyak sales boleh membuat bisnes semakin sibuk dan semakin sesak jika struktur margin dan kos belum betul.

08

POTONG KOS, NAIK HARGA ATAU TAMBAH SALES?

Bagaimana menentukan tindakan berdasarkan punca sebenar masalah, bukan berdasarkan rasa panik.

SATU SOALAN YANG ANDA PATUT BOLEH JAWAB SELEPAS SESI INI:

“Daripada setiap RM1 yang bisnes saya jual, berapa sebenarnya yang tinggal?”

BONUS UNTUK PESERTA LIVE

PERCUMA: REALITI BISNES QUICK CHECK

PERCUMA UNTUK PESERTA BERDAFTAR

REALITI BISNES QUICK CHECK

Audit 15 Minit: Kenapa Bisnes Aku Semakin Sesak?

Sebuah worksheet ringkas untuk membantu anda membuat pemeriksaan awal terhadap keadaan bisnes sendiri.

Rekod jumlah sales
Semak perubahan kos utama
Kenal pasti 5 kos terbesar
Anggarkan margin semasa
Semak komitmen hutang
Semak pengeluaran owner
Kenal pasti bahagian paling banyak makan cash
Tentukan perkara pertama yang perlu diperiksa
BONUS TOOL

“Kalkulator Setiap RM1 Sales”

Masukkan sales, kos barang, kos operasi, kos pentadbiran dan kos kewangan untuk melihat berapa sen yang sebenarnya tinggal daripada setiap RM1 yang dijual.

Daripada setiap RM1 sales, tinggal
1 sen
Baki sebulan: RM300
KENAPA ANDA PATUT LUANGKAN MASA?

5 SEBAB SIRI REALITI BISNES BERBALOI UNTUK OWNER

01

Masalah Yang Betul-Betul Berlaku

Bukan teori textbook. Topik dipilih berdasarkan realiti yang sedang dialami oleh mikro dan SME.

02

Bahasa Owner, Bukan Bahasa Akauntan

Konsep diterangkan dalam bahasa mudah tanpa membuat peserta rasa seperti sedang belajar subjek accounting.

03

Banyak Contoh Bisnes

Gunakan situasi seperti kedai makan, butik, kontraktor, bengkel, online seller dan bisnes servis.

04

Boleh Terus Semak Bisnes Sendiri

Anda bukan sekadar mendengar. Anda akan tahu apa yang perlu diperiksa selepas sesi.

05

Percuma

Tiada yuran penyertaan untuk sesi ini. Anda cuma perlu daftar untuk mendapatkan akses LIVE dan bahan complimentary.

SIAPA YANG AKAN BERSAMA ANDA?

SAIFULLAH SURATMIN

12 Tahun Berdepan Dengan Realiti Pemilik Bisnes Kecil

Sepanjang lebih 12 tahun terlibat dalam dunia akaun, cukai dan pengurusan bisnes kecil, Saifullah telah berinteraksi dan mengajar ribuan pemilik bisnes serta membantu ratusan klien melihat keadaan sebenar bisnes mereka melalui nombor.

Fokus beliau bukan sekadar mengajar owner membuat akaun atau patuh cukai. Fokusnya ialah membantu owner memahami:

“APA SEBENARNYA SEDANG BERLAKU DALAM BISNES AKU?”

Siri Realiti Bisnes diwujudkan untuk membuka perbualan yang lebih luas tentang realiti menjadi seorang owner — daripada duit, pekerja, cashflow dan operasi sehinggalah keputusan-keputusan sukar yang perlu dibuat setiap hari.

12+
TAHUN PENGALAMAN
5,000+
PEMILIK BISNES PERNAH DIAJAR
300+
KLIEN PERNAH DIBANTU

SOALAN YANG BIASA DITANYA

PENDAFTARAN PERCUMA

SALES MASIH ADA.
JANGAN TUNGGU SAMPAI DUIT BETUL-BETUL SESAK.

Gunakan sesi ini untuk berhenti melihat sales sahaja dan mula memahami apa yang sebenarnya sedang berlaku di belakang nombor bisnes anda.

Dengan mendaftar, anda akan menerima maklumat sesi LIVE dan bahan berkaitan melalui WhatsApp atau email. Lihat Terma & Dasar Privasi.
Pendaftaran Percuma
Akses Sesi LIVE
Realiti Bisnes Quick Check
Kalkulator Setiap RM1 Sales
DAFTAR LIVE PERCUMA